Rumah tangga bergolak, Siti Saleha bercerai?

Rumah tangga bergolak, Siti Saleha bercerai?

PERKHABARAN berita mengenai ikatan perkahwinan aktres Siti Saleha menjadi tanda tanya selepas dikatakan sedang dilandai badai.

Ia berikutan pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 31, selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi sebutan kes peceraiannya, hari ini.

Memetik laporan Mstar prosiding yang dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi tadi, yang turut dihadiri suaminya Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Kisah pergolakkan rumah tangga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom itu agak mengejutkan kerana aktres tersebut tidak berkongsi mengenai hal peribadi secara terbuka di media sosial.

Berdasarkan hantaran Siti Saleha di laman Instagramnya, kali terakhir pelakon Tujuh Hari Mencintaimu itu memuat naik gambar bersama suaminya adalah pada 24 Mac lalu.

Sehingga kini, masih tiada makluman atau respon daripada kedua-duanya di media sosial berhubung spekulasi rumah tangga mereka.

Siti Saleha dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. – Malaysiapost

Komen