Sabah benarkan rentas daerah esok, rentas negeri bulan depan

Sabah benarkan rentas daerah esok, rentas negeri bulan depan

KERAJAAN Sabah hari ini bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri itu mulai esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan itu dibuat selepas vaksinasi lengkap negeri itu setakat 11 Oktober 2021 melebihi 70 peratus seperti dimaklumkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Pergerakan rentas daerah itu dibenarkan kepada individu telah lengkap divaksin; remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin serta kanak-Kanak bawah 12 tahun ditemani ibu bapa lengkap divaksin,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri turut bersetuju membenarkan rentas negeri mulai 1 November 2021.

“Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat individu telah lengkap divaksin; perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

“Selain itu, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin; serta kanak-Kanak bawah 12 tahun ditemani ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya. – Malaysiapost

Komen