‘Semoga saya dapat teman awak di syurga’

‘Semoga saya dapat teman awak di syurga’

PENYANYI popular, Elyana memuat naik hantaran di Instagramnya hari ini yang menyentuh hati peminat dan pengikut laman sosialnya itu.

Dalam hantaran ringkas itu, Elyana yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser tahap empat, meluahkan penghargaan dan rasa kasih terhadap suaminya, Khairul Anuar Husin.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, menzahirkan penghargaan kepada Khairul Anuar yang bersamanya walaupun sudah 10 tahun dia diuji dengan penyakit.

“Bulan depan anniversary kita ke-11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun.

“Umur awak pulak nak masuk 46 tahun, umur kita beza 12 tahun, di hati saya awak tetap nombor 1,” tulisnya.

Elyana turut menzahirkan harapan untuk menjadi peneman suaminya bukan hanya di dunia tetapi juga di syurga

“Terima kasih sudi menjadi teman saya di dunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.

Hantaran itu menyentuh hati netizan yang berharap Elyana dan suami akan kekal bahagia hingga ke syurga.

“Moga nana selalu sihat bahagia dan terus bahagia, selama ulang tahun perkahwinan,” tulis puretox_sungaibuloh.

“Semoga rumahtangga bahagia berkekalan ke syurga. Pasangan secocok saling melengkapi,” tulis darasara.co

“Taktau kenapa saya rasa sebak, saya doakan semoga Allah angkat kesakitan penyanyi istimewa saya,” kata mdmss89

Elyana yang juga ibu kepada dua cahaya mata yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak lebih 10 tahun lalu itu baru-baru ini memaklumkan kesihatannya kembali merosot.

Menerusi hantaran di Instagram, Elyana berkata dia menderita menahan sakit lebih sebulan hingga sukar melelapkan mata. – Malaysiapost

Komen