Ustaz Don kesal gambar kena ‘scam’

Ustaz Don kesal gambar kena ‘scam’

PENCERAMAH selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kesal ada pihak cuba menggunakan identitinya dengan tujuan meminjam wang daripada orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp.

Ustaz Don yang berkongsi perkara itu menerusi Facebooknya memaklumkan, gambarnya digunakan individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan orang ramai.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya lebih teliti apabila menerima mesej sedemikian.

“Sebelum ni orang lain kena. Kali ni giliran kita pula, scammer guna gambar kita. Buat minta duit kat kawan-kawan. Berhati-hati semua,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang terbabit dengan penipuan itu menghentikan perbuatan tersebut, sebaliknya melakukan perkara yang datang faedah kepada orang lain.

“Moga Allah pelihara beliau Kembali ke pangkal jalan. Gunakan kebijakannya ke jalan yang halal. Sayang. Rajin, sungguh-sungguh kreatif, tekad semua ada. Tapi disalurkan dengan cara salah. Wallahua’lam,” katanya. – Malaysiapost

Komen