Warga emas gembira anak hantar balik ke rumah isteri muda

Warga emas gembira anak hantar balik ke rumah isteri muda

Nurul Huda Abhar

“TENGOK la nak hantar abah saya ke rumah isteri muda dia”

Itu antara ayat lucu seorang wanita berkongsi kisah mahu menghantar bapanya ke rumah isteri muda selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula Isnin lalu.

Perkongsian di laman Tiktok milik akaun @ina.azalea mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gayanya sempat menyakat warga emas itu dengan berkata ‘kita hantar abah pergi bulan madu’.

https://vt.tiktok.com/ZSeL5FrKQ/

Gelagat bapanya mencuit hati netizen kerana mulanya kelihatan sedih apabila diberitahu mahu dihantar ke rumah ‘mokde’, namun tersenyum gembira sejurus sahaja tiba di rumah isteri mudanya.

“Sabar abah.. sabar. Tunggu sekejap mokde datang. Suka sangat abah. Terus jadi muda bila nampak isteri muda dia,” katanya.

Kata-kata itu disambut senyuman bapanya dengan berkata: “Iya la” dengan wajah seronok.

Dalam video itu juga, @ina.azalea menunjukkan ibunya mengirim pelbagai jenis makanan dan duit belanja kepada bapanya untuk ke rumah isteri muda.

Perkongsian video tersebut meraih lebih lebih 800,00 tontonan dan 32,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

Rata-rata netizen memuji hubungan kedua keluarga itu yang akrab walaupun imej berpoligami sering kali disamakan dengan pergaduhan atau tidak bersefahaman. – Malaysiapost

Komen