Ahli Parlimen Labuan tiba di Mahkamah KL

Ahli Parlimen Labuan tiba di Mahkamah KL

AHLI Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.40 pagi tadi, untuk pendakwaan kes berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada jam 9 pagi, difahamkan berkaitan peranannya dalam Lembaga Pelabuhan Labuan.

Semalam Razman mengesahkan kepada media yang beliau akan didakwa hari ini.

Beliau mendakwa tuduhan itu susulan kegagalan kerajaan memujuknya melompat parti meninggalkan Warisan.

SPRM semalam memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di mahkamah pada jam 9 pagi hari ini.

Bagaimanapun, SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan. – Malaysiapost

Komen