Anak muda tak mahu manifesto itu, manifesto ini kerana bukan ‘kitab suci’

Anak muda tak mahu manifesto itu, manifesto ini kerana bukan ‘kitab suci’

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

ANAK-anak muda akan menjadi penentu akan parti politik manakah yang memimpin negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Paling penting mereka tahu akan hakikat ini dan tidak teragak-agak memaksimakan peluang yang ada sebaik boleh.

Apa yang mereka mahukan dari negara dan pemerintah mereka?

Mereka tidak mahu manifesto itu manifesto ini kerana mereka kini tahu itu bukan “Kitab Suci”.

Mereka juga prihatin akan isu-isu yang berlegar di sekeliling hidup mereka dan percaya bahawa era “Government knows Best” sudah berakhir lama.

Mereka juga sangat arif akan pengaruh media sosial dan berani menggunakan ia.

Oleh itu parti-parti politik termasuk Umno harus seiring dengan pola dan dinamika baru ini.

Sebagai contoh, mereka sangat prihatin akan isu ekonomi negara dan mahukan negara yang makmur serta pekerjaan yang banyak dan bermaruah.

Maka apakah falsafah ekonomi dan pendekatan dasar polisi yang ditawarkan.

Mereka mahu soal kelestarian (sustainability) dititikberatkan tetapi mereka juga mahu pembangunan ekonomi dan sosial rakyat yang  mantap. Apakah imbangan yang terbaik boleh parti-parti politik tawarkan untuk mereka?

Ada banyak lagi persoalan-persoalan besar anak muda di luar sana. Reformasi Politik dan Institusi, Digital Ekonomi, Identiti Nasional, Pendidikan Politik dan Sivik, Keadilan Sosial dan lain-lain.

Tuntas, Anak muda tidak mahu mereka disuapkan sahaja. Mereka mahu terlibat dalam diskusi debat nasional ini kerana mereka sendiri akan mewarisi negara ini dan kesan dari pilihan politik mereka.

Cuma, bersediakah parti-parti politik negara termasuk Umno? Atau akhirnya akur kena kembali ke gaya dan sifir politik lama!

.
Penulis ialah Ketua Pemuda Umno
(Artikel ini dipetik dari Facebook beliau dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

Google+ Linkedin

Komen