Ebit Lew bantu pakcik tinggal tepi lebuh raya

Ebit Lew bantu pakcik tinggal tepi lebuh raya

SEORANG lelaki yang tinggal dalam rumah kotak di tepi lebuh raya terkejut diziarahi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Ebit berkata, lelaki terbabit bujang serta tidak mempunyai pendapatan, dan sudah tinggal di kawasan itu lebih dua tahun kerana tidak mampu membayar sewa.

“Ya Allah. Pakcik ni dah lebih dua tahun duduk sini. Dulu kerja jual air Milo. Tak mampu bayar sewa. Selalu ada polis bagi baju, kasut dan makanan. Terkejut abang ni duduk sini.

“Menangis tadi cerita cakap seorang diri. Sebelum makan kata mak jom makan. Dah tiada sesiapa dalam hidup. Rindu pada arwah maknya. Tidak kahwin. Dia nak cari kerja dan rumah,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya.

Sehubungan itu, Ebit menghulurkan bantuan kepada lelaki itu dengan menyediakan rumah sewa dan akan mencari pekerjaan sesuai untuknya.

“InsyaAllah dah sewa rumah untuknya. Kami akan bayarkan sewa rumahnya. Doakan dapat cari kerja yang sesuai.

“Semoga Allah bantu dan mudahkan. Di saat kita rasa diuji. Ada orang lagi berat ujian hidupnya. – Malaysiapost

Komen