Failkan perceraian: “Saya baik” – Siti Saleha

Failkan perceraian: “Saya baik” – Siti Saleha

“SAYA baik,” kata pelakon Siti Saleha memberi gambaran dirinya baik-baik sahaja walaupun kini sedang dilanda kontroversi berkenaan rumah tangganya.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 31, memuat naik gambar sedang tersenyum dan entri tersebut dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis.

“Mesti lah, kamu wanita hebat,” kata Fazura.

“Ya girl,” komen Hunny Madu.

Dalam entri itu juga dilihat Neeta Manis, Tiz Zaqyah, Saraa Ali, Nad Zainal, Elly Mazlin, Ayda jebat, dan Azira Shafinaz turut memberikan emoji hati sebagai tanda sokongan kepada pelakon Tujuh Hari Mencintaimu itu.

Terdahulu, media melaporkan Siti Saleha mengesahkan dia hadir ke mahkamah untuk memfailkan kes perceraiannya.

Ia berikutan Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi sebutan kes perceraiannya, semalam.

Prosiding yang dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi semalam, yang turut dihadiri suaminya Ahmad Lutfi Azhar, 35. – Malaysiapost

Komen