Pasangan selebriti bercuti gaya ‘next level’

Pasangan selebriti bercuti gaya ‘next level’

SELEPAS aktiviti merentas negeri dibenarkan, pastinya ramai yang mengambil peluang untuk balik kampung menziarah ahli keluarga yang sudah lama tidak dapat bertemu.

Tidak terkecuali yang bercuti ke kawasan pelancongan dan ketika orang lain sibuk menempah tiket penerbangan, atau memandu ke destinasi pilihan, pasangan artis Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha dilihat bercuti dengan gaya ‘kayangan’.

Pasangan terbabit dikatakan bercuti cara ‘next level’ apabila menyewa sebuah helikopter untuk ke sebuah pulau di tanah air dari Kuala Lumpur bersama dua anak mereka.

Momen keluarga bahagia itu dikongsikan melalui video di laman Instagram pasangan selebriti berkenaan yang menunjukkan tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang dan juga jalan raya.

“Bercuti bersama keluarga saya. Setelah sekian lama, dari Kuala Lumpur ke pulau,” tulis pelakon filem PASKAL: The Movie di laman Instagramnya.

Berdasarkan komennya di hantaran terbabit, Hairul, 33, berkata percutian itu juga adalah yang pertama bagi anak perempuannya yang lahir ketiga pandemik Covid-19 dan negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alisa ‘first time holiday’ hahaha…baby MCO,” katanya

Sementara itu, Hanis Zalikha, 31, juga pelakon turut memuat naik video memaparkan perjalanan mereka sekeluarga menuju ke pulau sebelum menikmati percutian penuh keindahan itu.

“Dari KL ke pantai… Masyallah,” katanya.

Ruangan komen, rakan artis serta peminat pasangan selebriti tersebut berkongsi rasa teruja apabila melihat percutian penuh mewah itu.

“Another level ek…hahaha..happy holiday abang dan family,” komen Elvina Mohamad.

“To the choppa!,” kata Alif Satar pula.

Setakat ini perkongsian video oleh Hairul ditonton lebih 624,000 kali, manakala perkongsian Hanis Zalikha mendapat lebih 184,000 tanda suka. – Malaysiapost

Komen