Seronoknya balik kampung naik ETS

Seronoknya balik kampung naik ETS

PLATFORM Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu (KTM Berhad) Stesen KL Sentral hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu ‘balik kampung’ selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu .

Hari ini merupakan hari pertama perjalanan ETS KTM Berhad menuju ke Padang Besar.

Tinjauan ke lokasi berkenaan pagi tadi, suasana yang sebelum ini lengang bertukar sesak dengan kehadiran penumpang yang tidak melepas peluang pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan itu.

Memakai pelitup muka, wajah kegembiraan mereka mungkin tidak kelihatan namun dari sinar mata, terserlah kegembiraan yang tidak bersempadan.

Semoga dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan ini, kerinduan untuk pulang ke kampung halaman yang sekian lama dinanti terubat. – Malaysiapost

Orang ramai membawa beg menuju ke Platform keretapi setelah pihak KTM Berhad membenarkan masuk di KL Sentral hari ini.
Orang ramai menanti keretapi sampai di Platform di KL Sentral hari ini.
Seorang polis KTM Berhad memantau dan mengawal orang ramai supaya tidak melebihi garisan kuning sebelum ketibaan ETS KTM Berhad di KL Sentral hari ini.
Kelihatan ETS KTM Berhad tiba di Platform di KL Sentral hari ini.
Orang ramai dibenarkan menaiki ETS setelah ETS tiba di Platform KL Sentral hari ini.
Orang ramai yang sudah masuk ke dalam ETS mencari tempat duduk masing-masing di platform KL Sentral hari ini.

Keretapi ETS KTM Berhad mula bergerak di platform KL Sentral hari ini.
Kelihatan ETS KTM Berhad tiba di Platform di KL Sentral hari ini.
Google+ Linkedin

Komen