Tuan Asmawi bakal bintangi filem Hong Kong

Tuan Asmawi bakal bintangi filem Hong Kong

PENDAKWAH terkenal, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar mengumumkan bakal membintangi sebuah filem Hong Kong bertajuk ‘The Gun Point’.

Berita gembira itu dimaklumkan Tuan Asmawi menerusi Facebooknya, yang menjelaskan pengambaran filem berkisar kisah tebusan itu akan bermula pada 21 November ini.

Beliau yang juga penyumbang suara latar antarabangsa, turut memohon doa daripada pengikut laman sosialnya dipermudahkan dalam urusan berkenaan.

“Mohon doakan saya agar segala urusan lancar. Saya telah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem Hong Kong bertajuk ‘The Gun Point’

“Penggambarannya bakal dijalankan pada 21 November 2021 nanti. Saya bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan ini.

“Filem ini berkisar tebusan ke atas pelancong Hong Kong. Mohon sudi apa kiranya untuk sahabat-sahabat mendoakannya. Salam Ikhlas,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik satu jam lalu itu, dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen dan pengikut laman sossialnya.

“Tahniah Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar. Nanti selfie dengan Jackie Chan,” tulis Imran Kathar.

“Mabrukkk.tahniah ustaz.moga dipermudah urusan dan berjalan dengan lancar dengan izin Allah,” kata Al Amin Al Amin

“Semoga Sentiasa Dirahmati Allah SWT dan di permudahkan segala urusan dgn lancar & berjaya,” tulis Fendi Milost. – Malaysiapost

Komen