Datuk Vida terjah rumah Iqbal 3 pagi hantar cincin

Datuk Vida terjah rumah Iqbal 3 pagi hantar cincin

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida menerjah secara mengejut kediaman usahawan yang juga bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli pada jam 3 pagi tadi, bagi menyerahkan hadiah sebentuk cincin kepada lelaki itu.

Iqbal berkongsikan kisah itu menerusi beberapa hantaran di InstaStory miliknya, hari ini.

Dalam hantaran itu, Iqbal menegaskan dia tidak akan memakai cincin tersebut dan memulangkan semula kepada Vida.

“Kedatangan Datuk Seri Vida tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada September lalu.

“Saya keluar tanpa pakaian penuh, kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.

“Saya layan saja dengan emosi yang tidalah seberapa baik. Beliau tinggalkan saya dengan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini,” katanya

Dalam video InstaStory itu juga memaparkan raut wajah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 49, yang ceria sedang duduk bercerita mengenai cincin tersebut sambil ditemani anak lelakinya, Kacak.

Sementara itu, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga kediamannya dan memarahi mereka kerana sewenang-wenangnya membenarnya orang luar masuk tanpa pengetahuan dirinya.

“Saya akan siasat macam mana kereta Vida boleh lepas untuk masuk ke kawasan rumah saya. Saya marah pada pengawal keselamatan.

“Macam mana boleh mudah lepas walhal ada dua tapisan pondok keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah saya. Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya pengawal akan hubungi terlebih dahulu jika ada orang datang,” katanya.

Sebelum ini, Iqbal mengakui dirinya sudah tawar hati dengan Vida, malah perancangan untuk berkahwin Disember ini turut dibatalkan. – Malaysiapost

Komen