Kertas Pandora: Polis buka dua kertas siasatan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, satu daripada kertas siasatan berkenaan sudah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Okt lalu.

Satu lagi kertas siasatan, katanya, akan dirujuk kepada bank pusat itu pada 18 Okt ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, selepas menerima laporan polis mengenai pendedahan tersebut, polis sudah merakam percakapan pengadu.

“PDRM setakat ini menerima empat laporan polis berhubung Kertas Pandora berkenaan dakwaan wang Malaysia (dibawa) ke luar negara secara haram.

“Daripada empat laporan yang diterima, dua diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum untuk menggesa siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights