Kerajaan mungkin beri kelonggaran rapat saf solat jemaah

Kerajaan mungkin beri kelonggaran rapat saf solat jemaah

KERAJAAN akan memberi lebih banyak kelonggaran aktiviti di masjid dan surau termasuk merapatkan susunan saf solat jemaah berbanding penjarakan sekurang-kurangnya satu meter pada masa kini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan dibincangkan dalam muzakarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Rabu depan. 

Menurutnya, muzakarah akan mendengar 

penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan dan pandangan ahli antaranya terdiri mufti setiap negeri bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya percaya satu keputusan demi maslahah umum dapat dicapai dan berharap aktiviti di masjid dan surau khasnya solat berjemaah seperti sediakala dengan SOP tertentu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Semalam, kerajaan Arab Saudi mula membenarkan umat Islam di negara itu menunaikan solat fardu berjemaah dengan kembali merapatkan saf selepas lebih setahun perlu dijarakkan.

Ia boleh disaksikan menerusi video secara langsung yang disiarkan TV AlHijrah yang memaparkan jemaah di Masjidil Haram solat dengan saf rapat. 

Bagaimanapun, semua pengunjung termasuk di Masjid Nabawi di Madinah, masih wajib lagi memakai pelitup muka serta lengkap dua dos vaksin dan mendaftar dalam aplikasi ditetapkan. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen