Indonesia julang Piala Thomas buat kali ke-14

Indonesia julang Piala Thomas buat kali ke-14

HAMPIR dua dekad gagal merangkul Piala Thomas, pasukan Indonesia berjaya mengakhiri kemarau kejuaran terbabit dengan menjinakkan juara bertahan, China 3-0 pada aksi final di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, malam tadi.

Kemenangan itu dimulakan perseorangan lelaki pertama, Anthony Sinisuka Ginting dengan mengalahkan Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16.

Pasangan beregu lelaki Fajar Alfian-Mohamad Rian Ardianto kemudian menewaskan beregu He Ji Ting-Zhou Hao Dong dengan 21-12, 21-19.

Jonatan Christie yang juga pemain perseorangan dirangking nombor tujuh dunia berjaya menewaskan Li Shi Feng, dengan 21-14, 18-21, 21-14, sekaligus melakar kejuaran Piala Thomas kali ke-14 buat Indonesia.

Kali terakhir Indonesia menjulang trofi itu dengan menewaskan Malaysia 3-2 di Guangzhou, China pada 2002. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen