Najib dapat pasport untuk ke Singapura

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapatkan semula pasportnya untuk ke Singapura bagi melawat anak perempuannya yang dijangka bersalin tidak lama lagi, dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Memetik laportan Astro Awani, Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.

Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, kerana rayuan bagi sabitan kes Ahli Parlimen Pekan itu sedang dibicarakan di mahkamah berkenaan

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasportnya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights