Pindaan Akta Alam Sekeliling ‘ajar’ penjenayah alam sekitar

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 fasa satu akan dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan desakan rakyat yang mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar.

“Rakyat telah mendesak agar hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar terutama melibatkan kes-kes pencemaran sungai.

“KASA telah mengkaji dan mencadangkan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (fasa satu) untuk dipertimbangkan.

“Insya-Allah, pindaan akan dibentangkan pada suku pertama 2022 di Parlimen tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri,” katanya menerusi Facebook.

Tuan Ibrahim berkata, beliau berdoa agar proses pindaan itu berjalan lancar demi untuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Pada September tahun lalu, Tuan Ibrahim berkata, kementeriannya memberi komitmen meminda akta untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pihak yang disabitkan kesalahan mencemarkan alam sekitar dan sumber air.

Menurutnya, perkara itu juga sudah dikemukakan di Parlimen sebagai tanda kementerian tidak akan berkompromi dengan pihak yang menjadi punca kepada pencemaran alam. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights