Elfira Loy hamil cahaya mata kedua

Elfira Loy hamil cahaya mata kedua

PELAKON, Elfira Loy berkongsi berita gembira mengenai dirinya hamil cahaya mata kedua, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memuat naik sekeping foto sedang memegang belon dengan tulisan ‘Baby 2 is coming’.

“Buat ahli keluarga dan rakan-rakan yang saya sayangi. Bolehkah anda membaca berita baik ini? ,” tulisnya.

Sementara itu, satu lagi hantaran di media sosial itu, Elfira masih tidak percaya dia bakal menjadi ibu kepada dua cahaya mata.

“Meskipun penantian untuk memiliki zuriat kedua tidak mengambil masa lama seperti individu lain tapi saya bertuah kerana dapat merasai momen ini.

“Cuma saya sedih dan selalu berdoa kepada Allah supaya makbulkan doa individu yang dalam usaha mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive’ (TTC),” katanya.

Dalam masa sama, Elfira sempat bergurau meminta anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk membantunya bagi menjaga adiknya nanti.

Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak mendedahkan usia kandungan beliau.

Elfira berkahwin dengan suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rayyan yang kini berusia 2 tahun. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen