Mengandung? “Semua orang jumpa saya boleh nilai sendiri” – Neelofa

Mengandung? “Semua orang jumpa saya boleh nilai sendiri” – Neelofa

TEKA-teka mengenai kehamilan selebriti popular Neelofa masih menjadi tanda tanya, selepas isteri kepada Haris Ismail itu menyerahkan kepada orang ramai menilai sendiri sama ada dirinya kini berbadan dua atau tidak.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memilih jawapan selamat tidak menafi dan tidak mengiyakan desas desus mengenai kehamilannya.

“Semua orang yang jumpa saya di luar boleh nilai saya.

“Macam saya, baru balik dari Langkawi dan viral saya jumpa ramai peminat di sana yang jumpa saya di luar boleh lihat sendiri saya.

“Yang nampak saya berbeza, berbezalah itu, yang nampak sama, samalah,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Bekas pengacara itu berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) di antara TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) dengan TheNoor Apps, hari ini.

Neelofa juga memberitahu dia tidak merancang untuk membuat sebarang pengumuman rasmi sekiranya gosip mengenai kehamilannya itu benar.

Ini kerana, katanya, dia berpendirian bahawa kehamilan adalah perkara yang tidak perlu digembar-gemburkan berbanding berita selepas kelahiran.

“Apa yang saya cakap saya perlukan doa. Hendak cakap lebih pun takut. Perkara ini sangat sensitif. Kalau saya boleh berkongsi, kita digalakkan berkongsi kelahiran daripada kehamilan sebab apa- apa pun boleh jadi dalam proses itu.

“Kalau ada orang nampak jumpa saya, tengok saya, tengok doakan,” ujarnya.

Sebelum ini, desas desus mengenai kehamilan Neelofa hangat diperkatakan kerana kerap memegang bahagian perut ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.

Neelofa dan Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen