Selain beras kita beli, jaga pergaulan isteri, anak-anak – Haris

Selain beras kita beli, jaga pergaulan isteri, anak-anak – Haris

PENCERAMAH bebas, Haris Ismail mengingatkan golongan lelaki agar menjaga batas pergaulan dan aurat khususnya isteri dan anak-anak supaya terhindar daripada kemungkaran.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, suami selebriti terkenal Noor Neelofa itu berkata beliau berkongsi nukilan itu hanya untuk memberi peringatan buat dirinya dan tidak memaksa mana-mana pihak untuk mempratikkan perkara tersebut.

Katanya, perkongsian ini untuk memberi kesedaran kepada golongan lelaki untuk memikul tanggungjawab dengan sempurna supaya terhindar menjadi dayus.

“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana ini dilarang dalam Islam. Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita. Yang dikatakan lakonan sampai cium pun tak apa, boleh diterima. Tapi apa kata agama?

“Jangan disalahkan perkahwinan atau apa-apa yang dibuat tak ikut cara Nabi SAW. Nabi pesan kepada suami terutamanya, tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus,” katanya.

Haris berkata, teguran itu dibuat bagi mengingati suami untuk memegang tanggungjawab dalam memimpin isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga.

“Selain daripada beras kita beli, tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ. Pesan mereka untuk sentiasa menjaga aurat mereka.

“Jangan jadi lelaki dayus buat tak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat-ketat. Jika tidak ditegur, di akhirat bapa akan dipersoalkan kelak,” katanya.

Selain itu, Haris menyarankan masyarakat untuk mengubah cara pemikiran bagi menggelak perkara yang ditegah oleh Islam meskipun ia lakonan semata-mata.

“Ubah cara berfikir. Jangan hanya kerana kita kata ‘Oh itu berlakon saja, tak apa. Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan berkata tak apa, dan kita kata itu berlakon saja.

“Adakah boleh diterima alasan itu? Mestilah tidak. Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita tersangkut sekali,” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen