Tiada jangkitan varian Lambda berlaku di Sungai Chua, Kajang – KKM

Tiada jangkitan varian Lambda berlaku di Sungai Chua, Kajang – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan terdapat jangkitan virus Covid-19 melibatkan varian Lambda yang dikatakan berlaku di Sungai Chua, Kajang, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini, KKM menjelaskan sebuah artikel dalam Bahasa Cina mendakwa jangkitan virus Lambda berlaku di lokasi itu, adalah tidak benar.

“KKM menafikan dakwaan artikel dan mesej yang tular di media sosial yang kononnya terdapat kes Covid-19 melibatkan varian Lambda di Sungai Chua, Kajang, Selangor.

“KKM menjelaskan bahawa dakwaan artikel bertajuk ‘雪 4 社区零星感 染大爆发.全家 5 口已接种 3 人染 LAMBDA 变种病’adalah tidak benar kerana varian Lambda masih belum ditemui di Malaysia setakat ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan berita tidak sahih sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen