Uncle Kentang berehat 30 hari mulai hari ini

Uncle Kentang berehat 30 hari mulai hari ini

PERKHIDMATAN aktivis masyarakat Uncle Kentang akan ‘direhatkan’ selama 30 hari kecuali kes kecemasan membabitkan kemalangan, bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng dalam satu hantaran di Facebook.

“Tutup telefon 30 hari. Hotline kami 03 80656666. Doktor pesan saya mungkin kena penyakit sakit jiwa jika saya terus mendengar aduan melalui panggilan telefon.

“Satu hari sekurang-kurangnya 100 panggilan telefon masuk dengan pelbagai masalah. Satu lagi ialah WhatsApp mesej,” katanya.

Menurutnya, pelbagai aduan diterimanya dari kes rogol, dera, kena tinggal suami, sakit kanser, sakit strok, gelandangan, bil elektrik atau air tidak mampu bayar, tiada makanan dan banyak lagi.

Oleh hal demikian, Chee Heng berkata, dia terpaksa berehat sementara atas saranan doktor bagi proses menenangkan diri daripada tekanan tersebut.

“Aduh, doktor suruh saya rehat. Jadi mulai esok (hari ini) ‘handphone’ saya akan ditutup selama 30 hari. Hanya panggilan kecemasan sahaja dibuka untuk kes kemalangan.

“Saya cuba tenangkan diri sebelum balik berkhidmat,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Kentang Media

Google+ Linkedin

Komen