Covid-19 : 6 kluster baharu dicatatkan hari ini

Covid-19 : 6 kluster baharu dicatatkan hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan tiga kluster baharu melibatkan komuniti, manakala dua lagi kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti masing-masing melibatkan satu di Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.

“Kluster tempat kerja pula masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Sabah.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 591 kluster, manakala 5,114 kluster yang telah tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,210 kes berbanding semalam, 5,516 kes, sekali gus terus di atasi 7,562 kes sembuh.

Sementara, sebanyak 677 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 319 kes memerlukan bantuan alatan pernafasan.

“Daripada 6,210 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 6,094 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen