DUN Sarawak tidak terbubar hari ini – Abang Johari

DUN Sarawak tidak terbubar hari ini – Abang Johari

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan dibubar dalam masa terdekat untuk mengikuti langkah seperti Melaka.

Perkara itu dijelaskan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang mengaku beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun katanya, ia bukan berkaitan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Sebaliknya, Abang Johari berkata, beliau hanya berbincang mengenai proklamasi darurat serta perkembangan terkini Covid-19.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut mengenai spekulasi tersebar sejak semalam kononnya beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

“Memang saya ada menghadap (Yang di-Pertuan Agong), tetapi untuk bertanya macam mana dengan darurat di Sarawak selain berkenaan Covid-19, itu sahaja,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Ditanya kemungkinan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam masa terdekat, Abang Johari menafikannya dengan alasan itu bukan kuasanya.

“Nei saya tauk (mana saya tahu), ya (itu) kuasa Agong,” katanya.

Bagaimanapun Abang Johari berkata, beliau memahami sekarang ramai yang menjangka PRN-12 akan diadakan berikutan keadaan Covid-19, semakin baik.

“Saya tahu, orang ramai sudah mula bercakap pasal pilihan raya kerana kes Covid-19 di Sarawak semakin menurun, tetapi kita sama-sama tunggulah,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Abang Jo

Google+ Linkedin

Komen