Individu mahu tunai umrah boleh mohon dos penggalak melalui MySejahtera

Individu mahu tunai umrah boleh mohon dos penggalak melalui MySejahtera

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN akan menambah satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan kepada Tabung Haji (TH) mengenai penambahan ciri baharu tersebut bagi kegunaan individu yang akan mengerjakan umrah dalam masa terdekat.

Katanya, syarat pengambilan dos penggalak tersebut adalah arahan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Individu yang akan mengerjakan ibadah umrah kita benarkan untuk mengambil dos penggalak. Arahan daripada pihak Arab Saudi.

“Kita akan bangunkan satu ciri baru dalam MySejahtera dalam masa terdekat.

“Saya telah maklumkan kepada TH bahawa ciri ini dalam MySejahtera dapat digunakan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan.

Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac sahaja. – Malaysiapost

Kredit Foto: Unsplash

Google+ Linkedin

Komen