Isteri bekas Presiden PAS kembali ke rahmatullah

Isteri bekas Presiden PAS kembali ke rahmatullah

ISTERI bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Muhammad Nor, iaitu Datin Khatijah Ibrahim meninggal dunia hari ini.

Allahyarham Khatijah menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira jam 4.40 petang tadi di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Muna Izzah Fadzil melalui laman Facebook, sebentar tadi.

Menurut Muna Izzah, Allahyarham meninggal dunia disebabkan komplikasi buah pinggang.

“Beliau pergi dengan tenang dan bahagia. Mama, kami redha. Segalanya milik Allah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan bonda. Khamis, malam Jumaat sepertimana yang bonda impikan,” katanya.

Sementara itu Pemuda PAS dalam kenyataannya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen