Mangsa banjir di Melaka meningkat 932 orang

Mangsa banjir di Melaka meningkat 932 orang

MANGSA banjir di Melaka terus meningkat apabila 932 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 861 orang sebelum ini.

Sehingga jam 4 petang tadi, daerah Melaka Tengah menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan 26 lokasi membabitkan 521 mangsa.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt. Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, selain peningkatan mangsa terjejas,
jumlah PPS bertambah kepada 12 berbanding sembilan sebelum ini.

“Sehingga jam 4 petang, kami merekodkan 932 mangsa terjejas membabitkan 249 keluarga.

“Malah kawasan terjejas turut meningkat kepada 50 kawasan iaitu 14 di daerah Jasin, 10 di Alor Gajah dan 26 di Melaka Tengah,” katanya.

Cuthbert John berkata, terdapat tambahan tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Gadek, Dewan Japerun Durian Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, ditutup selepas mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke rumah. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen