Pengantin tak nampak macam nenek pun – Netizen

Pengantin tak nampak macam nenek pun – Netizen

NENEK berusia 50 tahun mencuri tumpuan warga maya apabila berkahwin dengan jejaka berusia 30-an.

Apa yang mengagumkan ramai, kejelitaan wanita itu bagaikan tidak dimamah usia, malah ramai tidak percaya melihat fizikalnya persis anak dara.

Kejelitaan nenek kepada empat anak dan dua cucu itu terserlah dalam persalinan busana pengantin warna putih yang meraih lebih 75,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Wajahnya turut nampak muda berbanding usianya, sekali gus mengundang pujian dan pelbagai reaksi netizen terhadap kecantikan pengantin perempuan itu yang mengalahkan anak dara.

Nur Syahindah Mohamad Kamal berkongsi video hari bersejarah ibunya di aplikasi TikTok yang membuatkannya dibanjiri pertanyaan netizen untuk mendapatkan kepastian adakah benar itu ibunya.

“Datang majlis kahwin mak. My mom muda gila. Ramai ingat usia emak lebih 30 tahun.

“Umur my mom 50 tahun tau, tapi dia pandai jaga kulit, jeles tau,” tulis Nur Syahindah pada video itu.

Ibu Nur Syahindah menamatkan zaman jandanya selama enam tahun dengan seorang lelaki bujang berusia 37 tahun pada 10 Oktober lalu.

Menurut Nur Syahindah, ibunya memang menitik beratkan amalan menjaga penampilan, kesihatan dan kecantikan kulit sejak usia muda.

Katanya, jadi tidak hairanlah ibunya kelihatan seperti anak dara kerana sentiasa menjaga amalan permakanan terutama dalam mengekalkan berat badan agar kelihatan kurus.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagian pasangan pengantin dan bersetuju perbezaan usia tidak menghalang takdir jodoh yang telah ditentukan yang Maha Esa. – Malaysiapost

Kredit Foto: TikTok/@Nur indah

Google+ Linkedin

Komen