Tiada pakar bedah bernama Dr Shafawati meninggal dunia – HKL

Tiada pakar bedah bernama Dr Shafawati meninggal dunia – HKL

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan yang menyatakan seorang pakar bedah yang bertugas di hospital tersebut meninggal dunia disebabkan vaksin Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini, HKL menjelaskan, tiada pakar bedah bernama Dr Shafawati meninggal dunia akibat vaksin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“HKL menafikan dakwaan mesej yang menyatakan seorang Pakar Bedah HKL bernama Dr Shafawati telah meninggal dunia pada 3 September 2021 akibat vaksin seperti yang tular di media sosial,” kata kenyataan itu.

HKL meminta orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih, sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen