Johor, Terengganu beralih Fasa 4

DUA negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seterusnya setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa 25 Oktober ini.

Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri terbabit adalah Johor dan Terengganu yang beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4.

“Kebenaran peralihan fasa PPN bermula 25 Oktober 2021 bagi negeri-negeri tersebut, dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights