Ketua-ketua penerangan parti politik beri input Bajet 2022

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menganjurkan sesi taklimat Bajet 2022 bersama ketua-ketua penerangan pelbagai parti politik di Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya malam tadi.

Tengku Zafrul berkata, sesi taklimat itu adalah kesinambungan usaha kerajaan dalam menjadikan Bajet 2022 sebagai sebuah bajet inklusif, dengan pendekatan seluruh negara (Whole-of-Nation).

Katanya lagi, bajet tersebut yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini dirangka tanpa mengira latar belakang mahupun fahaman politik. â €
â €
“Langkah-langkah inklusif yang diambil kerajaan di setiap peringkat adalah demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“MOF sentiasa bersifat terbuka untuk mendengar dan menerima sebarang bentuk cadangan yang dapat menambah baik langkah-langkah yang dilaksanakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tengku Zafrul seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua wakil-wakil yang hadir serta pasukannya amat menghargai semangat kebersamaan semua pihak.

“InsyaAllah, input yang diberikan akan diteliti dan diterapkan ke dalam Bajet 2022,” katanya.

Antara yang hadir ialah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan serta Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights