Mesyuarat terakhir CITF hari ini

PASUKAN Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini dipengerusikan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan mesyuarat itu merupakan yang terakhir setelah sembilan bulan beroperasi sehingga mencapai antara kadar vaksinasi tertinggi di dunia.

“Ia dianggotai Kementerian Sains, teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta disokong oleh pelbagai kementerian, agensi dan jabatan lain merentasi seluruh pentadbiran kerajaan.

Mesyuarat terakhirnya hari ini dipengerusikan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Struktur Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang menekankan tindakan bersepadu ini berjaya memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat mencapai objektifnya,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, JKJAV mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam operasi ini.

“Kepada semua pegawai CITF dan PICK di seluruh negara, terima kasih atas jasa dan sumbangan anda,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights