TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk memendekkan tempoh masa siasatan ke atas tiga kes.
Kes berkenaan membabitkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Pulau Batu Putih dan buku “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Beliau berkata, ketiga-tiga kes itu mengambil sehingga enam bulan untuk siasatan, dan ia satu tempoh yang agak lama.
Justeru, Zamil memohon pihak berkenaan mengkaji semula tempoh masa tersebut, bagi segera mendapatkan penyelesaian.
“Enam bulan diperuntukkan oleh tiga perkara penting, isu Allahyarham Adib, kes Pulau Batu Putih dan juga isu buku kontroversi yang melibatkan serta menganiaya ramai pihak oleh Tommy yang dilantik sewaktu pemerintahan PH.
“Buku telah mendedahkan pelbagai perkara. Enam bulan diambil sangat lama.
“Justeru, saya memohon kerajaan mengkaji semula tempoh yang ditetapkan penyiasat khas dalam tiga perkara tersebut. Jika boleh ambil masa sebulan sahaja,” katanya menerusi rakaman video. – Malaysiapost