KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) menafikan mesej tular kononnya menawarkan elaun sara hidup daripada Tabung Sumber Pembangunan Manusia (Dana pembangunan Sumber Manusia) di media sosial.
KSM dalam kenyataan hari ini, berkata elaun sara hidup itu kononnya untuk mengatasi kesan pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19.
“KSM menjelaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan pihak KSM menerusi HRD Corp tidak pernah menawarkan, menyokong, atau mengambil bahagian dalam skim tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai mesej yang tular berkenaan sebaliknya merujuk laman web rasmi KSM di www.mohr.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai program dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh KSM dan HRD Corp,” katanya. – Malaysiapost