Polis siasat pengarah agensi kerajaan cederakan amah

POLIS sedang menjalankan siasatan susulan laporan daripada pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikannya yang juga pengarah agensi penguat kuasa, Isnin lalu.

Difahamkan, wanita itu dipukul di kepala dan tangan dilipat sebelum dikurung dalam sebuah bilik di rumah majikannya di Kelana Jaya, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dapat melarikan diri dan terus menuju ke Kedutaan Indonesia di Malaysia dan mengarahkan laporan polis dibuat terhadap pengarah yang berusia lingkungan 40-an itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan membabitkan insiden itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

“Setakat ini, tiada tangkapan susulan dan siasatan giat dilakukan,” katanya. – Malaysiapost

Foto: Gambar hiasan

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights