SEJARAH Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 seharusnya menjadi pengajaran tidak boleh dibiarkan berulang.
Justeru Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menegaskan semua pihak khususnya pemimpin politik perlu mengutamakan keselamatan dan nyawa rakyat pada PRN Melaka pula.
“Dont let the history repeat itself!
“Menteri KKM dah keluarkan kenyataan yang mass gathering akan menggalakkan lagi penularan Covid-19 termasuklah berkempen secara perhimpunan dan bersemuka!
“PRN Sabah dulu kita sudah tengok macam mana impak penularan Covid-19 sampai kena PKP 3.0!
“Setakat hari ini dah 28,354 kematian! Takkan nak tambah lagi! Kalau sayang rakyat, utamakan keselamatan nyawa mereka!
“Nyawa rakyat lebih penting dari ceramah politik,” kata pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan, termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.
Khairy menegaskan ia bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes dengan mendadak.
Beliau berkata larangan itu akan mula berkuatkuasa pada 25 hingga 27 November 2021. – Malaysiapost