Lebih 22 juta populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksin

SERAMAI 22,143,545 individu atau 94.6 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi di portal COVIDNOW, individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos mencapai 97.5 peratus.

Sementara itu, kanak-kanak dan remaja lengkap divaksin merekodkan 51.6 peratus atau 1,622,869 individu, manakala 81.1 peratus sekurang-kurangnya mendapat satu dos vaksin.

Sebanyak 124,530 dos suntikan diberikan semalam melibatkan 106,261 dos suntikan lengkap, 9,831 satu dos dan 8,438 untuk dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin meningkat kepada 49,069,291 suntikan.

Secara keseluruhannya, populasi penduduk di negara ini yang lengkap divaksinasi adalah 72.8 peratus atau 23,766,414 individu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights