KPM pandang serius amalan pemeriksaan haid secara fizikal

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM)memandang serius amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata beliau komited untuk memastikan amalan berkenaan tidak terus berlaku di mana-mana institusi KPM.

Katanya, pihaknya juga sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama.

“Sejurus tiba dari Kuching di KLIA, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut. Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku,” katanya menerusi Facebook.

Radzi berkata, beliau sudah mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan dalam lawatan berkenaan malam tadi.

“Selain itu, kami juga mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah. Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi ( malam tadi).

“KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama. Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights