6,377 kes harian Covid-19 hari ini

KES harian Covid-19 negara melepasi angka 6,000 selama dua hari berturut-turut dengan 6,377 kes direkodkan hari ini.

Angka itu sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 229 kes hari ini berbanding semalam dengan 6,148 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif mencecah 2,454,749 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik di laman web covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights