‘Terima kasih DSN bantu promosi GPR’

PERIKATAN Nasional (PN) Melaka menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelaksanaan inisiatif Gerai Prihatin Rakyat (GPR) untuk penduduk Melaka bertujuan untuk menyogok pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata inisiatif tersebut telah dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

“Boleh tahan juga GPR ini. Sampai dapat perhatian Mantan PM yang seorang ini. Kalau nak sogok pengundi, mengapa GPR telah dibuat berbulan-bulan sebelum DUN Melaka dibubarkan?

“Masa tu, tak tahu pun nak berlaku PRN ke, apa ke. Apapun terima kasih Datuk Seri Najib, bantu promosi GPR ini. Jangan lupa semua rakyat Melaka datang GPR minggu ini.

“Abah@ YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia Ke-8/ Pengerusi Majlis Pemulihan Negara akan hadir merasmikan GPR minggu ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Poster Gerai Prihatin Rakyat

Sebelum ini Mohd Rafiq dilaporkan berkata inisiatif tersebut diambil sebagai usaha untuk membantu rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Baru-baru ini Najib menerusi Facebook berkata jika PN Melaka ikhlas menjual barang dengan harga rendah, maka GPR perlu dilaksanakan di seluruh negara agar semua rakyat mendapat manfaat.

Jika tidak, kata Najib, ia merupakan usaha menyogok pengundi di Melaka. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights