KES harian Covid-19 kembali turun ke angka 5,000 dengan 5,854 kes direkodkan hari ini.
Kes baharu Covid-19 menurun sedikit selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan angka melebihi 6,000 sejak Rabu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 2,466,663.
Menurut Dr Noor Hisham, Maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya.
Untuk rekod, kali terakhir negara merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes direkodkan. – Malaysiapost