Elaun pembantu TABIKA KEMAS bakal dinaikkan

ELAUN 10,000 pembantu taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dipertimbang untuk dinaikkan ke paras gaji minimum, RM1,200. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jumlah diterima kumpulan berkenaan tidak lagi sesuai kerana mereka bertugas hampir sepenuh masa. 

“Dahulu, mereka ini sukarelawan yang masak di tabika pada waktu tengahari, bagaimanapun sekarang ini pembantu KEMAS datang dari pagi hingga petang juga. 

“Jadi mereka diberi sedikit elaun namun ketika ini jumlah itu tidak sesuai, maka kita akan buat mengikut proses perkhidmatan kerajaan,” katanya mengulas isu pendapatan pembantu KEMAS di bawah gaji minimum. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 Kali Ke-16 di Alor Setar, Kedah hari ini.  

Menurut Mahdzir, pihaknya sedang berusaha mengangkat isu ini untuk membantu kira-kira 10,000 pembantu KEMAS di seluruh negara yang ketika ini menerima elaun RM500 sebulan. 

“Justeru, KPLB dan KEMAS sememangnya berusaha memperjuangkan nasib Pembantu Tabika KEMAS yang masih memiliki pendapatan di bawah gaji minimum,” katanya.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights