Gabungan Sepak Takraw Kelantan kembali bersama PSM

PRESIDEN Gabungan Sepak Takraw Negeri Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah berkata pihaknya sudah menyelesaikan persengketaan dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), apabila mencapai persetujuan untuk bersama semula, hari ini.

Beliau berkata, semua negeri sepakat kembali semula bersama PSM kecuali Putrajaya, Selangor dan Sarawak.

“Saya dan semua negeri memilih jalan penyelesaian telah sepakat serta bersetuju untuk bersama semula dalam PSM.

“EGM hari ini adalah bukti bahawa saya, kami dan seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat PSM ini kembali menerajui sukan sepaktakraw akan berhasil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bahawa PSM ini adalah hak rakyat Malaysia dan pihaknya akan memastikan persatuan itu bertanggungjawab serta membangunkan sukan sepak takraw.

“Kami yang mewakili PSM ini akan membawa persatuan sukan ini ke arah tanggungjawab dan objektif penubuhan serta agenda pembangunan sukan sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Zuraidin berkata pihaknya juga bercadang mengadakan pemilihan GASTAK pada 27 November yang sedang menunggu kelulusan daripada PSM.

Beliau juga berharap persefahaman antara negeri-negeri gabungan dalam PSM ini terus utuh dan mengenepikan kepentingan diri.

“Tekad kami hanya satu iaitu terus fokus kepada agenda nasional yang lebih utama dari agenda kuasa peribadi dan bercakap banyak tanpa tindakan awal pemulihan yang merugikan atlet, sukan dan Malaysia,” katanya.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights