PN belum putuskan guna logo apa di PRN Melaka – Azmin Ali

PERIKATAN Nasional (PN) masih belum memutuskan mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bermula 8 hingga 20 November ini.

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan itu sedang dan akan melakukan perbincangan lanjut mengenainya.

Menurutnya, tarikh bagi hari penamaan calon masih lambat dan maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh parti-parti yang terlibat.

“Belum penamaan calon, nanti kita bincang la, kita bincang…hari-hari kita bincang, kita putuskan selepas perbincangan dan akan beritahu..penamaan calon lambat lagi.

“Kita tumpu soal ekonomi dulu, (seperti di Kedah) itu kekuatan kerajaan negeri Kedah, dia kurang berpolitik, dia tumpukan soal pembangunan negeri dan ekonomi,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Perindustrian AT&S di Kulim Hi-Tech Park, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar Umno dan Bersatu bertanding di PRN Melaka dengan menggunakan logo parti berkenaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights