4,626 kes baharu Covid-19 hari ini

KES harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan dua hari berturut-turut di bawah angka 5,000 apabila sebanyak 4,626 kes baharu direkodkan hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 4,979 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,476,268.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights