Sekolah di Lembah Klang, Melaka bermula hari ini

MURID tahap 1 melibatkan Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka memulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini selepas lebih lima bulan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengoperasian sekolah itu selepas dua minggu negeri-negeri berkenaan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang turut melibatkan kemasukan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memaklumkan, kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri-negeri tersebut akan bermula pada 8 November ini iaitu seminggu selepas kumpulan pertama itu.

Bagaimanapun, bermula 18 Oktober lalu, kumpulan murid lebih awal hadir ke sekolah negeri-negeri tersebut iaitu melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas vokasional dan program pendidikan khas integrasi, Tingkatan 6 semester 2 dan prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia.

Ini termasuk kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa lain. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights