HANYA satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 3 hingga 16 November ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan.
Lokaliti yang dikenakan PKPD adalah melibatkan Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub, Pahang.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan Perkampungan Orang Asli di Pos Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang yang tamat PKPD pada 20 Oktober lalu, telah dilanjutkan sehingga 16 November ini selepas melihat trend peningkatan jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut. – Malaysiapost