212,926 PATI mohon Program Rekalibrasi

[PARLIMEN] PROGRAM Rekalibrasi telah menerima  212,926 permohonan daripada pendatang tanpa izin (PATI). 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, 11,751 daripadanya adalah permohonan daripada pihak majikan.

Katanya, terdapat beberapa sektor khusus bagi PATI yang mendaftarkan diri untuk bekerja semula dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pun membuat verifikasi mengenai permohonan itu.

“Bagi sektor perkilangan saja, jumlah yang mendaftar untuk bekerja semula adalah 65,484 permohonan; pembinaan, 122,075 permohonan; perladangan, 7,176 permohonan dan pertanian, 12,003 permohonan.

“Ini adalah mereka yang sudah mendaftar dan berminat untuk mana-mana majikan mengambil mereka dan bekerja semula,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai program pemutihan dilaksanakan KDN, selain usaha memastikan sektor penting dalam negara tidak terjejas akibat kekurangan pekerja. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights