32,000 pekerja asing dibawa masuk bekerja di ladang

[PARLIMEN] SEBANYAK 32,000 pekerja asing akan dibawa masuk ke dalam sektor perladangan bagi mengurangkan masalah isu kekurangan tenaga kerja, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi II, Datuk Willie Mongin.

Beliau berkata, pihak kementerian mengambil inisiatif ”swapped cut’ untuk menyelesaikan masalah isu kekurangan tenaga kerja, daripada perladang dan pekebun kecil mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Kita memang faham industri sawit ini disebabkan tiada penuaian daripada pekerja asing. Negara kerugian 20 hingga 30 peratus ia jumlah yang amat besar kerana industri sawit ini memberi sumbangan besar kepada kita.

“Jadi, antara cara yang kita guna dengan secepat mungkin untuk mengurangkan masalah ini, kita membawa 32,000 pekerja asing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada antara pekerja asing yang menukar sektor kepada perladangan berikutan tidak dapat bekerja dalam sektor tertentu.

“Selain itu, ada pekerja asing yang menukar sektor mereka sebagai contoh apabila mereka bekerja di sektor binaan dan tidak dapat berkerja kita alihkan mereka ke industri perladangan untuk membantu perladangan kita.

“Selain itu, kita juga mengkomersilkan inovasi-inovasi yang kita ada dan mempelawa mereka untuk menggunakan teknologi,” katanya dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) bertanyakan dalam masa terdekat, apakah mekanisme terbaik kementerian untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights